Pages

Wednesday, September 14, 2011

L.i.F.E






16Syawal1432H. 14September2011.



Alhamdullilah, hari ni masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Penciptaku. Alhamdullilah, terima kasih Tuhanku.



Banyak perkara yang nak dikongsikan, dalam tempoh 2 bulan ni ada banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidupku. Terlalu banyak bagiku untuk tempoh yang singkat ni. Tetapi, itu lah yang dinama kan kehidupan. Pahit, manis, gembira, berduka.. semuanya ku rasa.



Alhamdullilah dalam tergesa-gesa, aku dapat membantu, walau tidak banyak sedikit pun, aku dapat menunaikan impian cinta hidupku yang pertama, mama. Sayaaannggg mama~ Walau dalam tergesa-gesa atau kami gelar "tebubut-bubut" hehehe... hampir 50% proses memperbesarkan rumah telah selesai. Dari dulu lagi mama dah pesan "kalau ada rezeki lebih, kita besarkan rumah" balik-balik mama cakap, Alhamdullilah, walau sedikit, dapat jua aku tolong. Jom doa ramai-ramai dengan aku :-





"Ya Allah, bantulah kami dalam segala urusan. Permudahkan jalan yang terbaik buat kami. Andai itu bukan yang terbaik buat kami, tunjukkanlah kebenarannya.

Sesungguhnya, kami adalah hambaMu yang lemah. "





- BukanGambarSebenar -





Perkara lain, rasanya aku dah bagitau dekat post yang sebelum ni. Kalau tak ingat, silalah click sini . Rasanya tak perlu cerita lagi, sebab dah bagtau kan?? hehehe.. cuma aku harap, Allah sentiasa bersama kami dalam menyelesaikan perkara ni. Walau apa pun perancanganNya.




Last sekali, cerita pasal aku la. Hehehe.. rasa-rasanya la kan aku dah temui apa yang aku cari. Cuma.. ada banyak benda lain yang perlu aku pertimbangkan. Terlalu banyak. Dan jika difikirkan secara logik dan pandangan lain, aku sangat-sangat tidak wajar melibatkan diri dalam hal macam ni. Tetapi, apa kan dayaku. Dia menentukan segalanya, Dia merancang segalanya, dan Dia yang menentukan segalanya. Secara jujurnya, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Sangat Bahagia. Tetapi, dalam masa yang sama aku juga rasa bersalah dan rasa takut.



" Ya Allah, Ya Tuhanku. Bantulah aku dalam memilih yang terbaik.

Kerana sesunggunya Kau tahu mana yang terbaik buatku, buatnya,

keluargaku dan keluarganya.

Andai dia yang Kau ciptakan untukku, Andai dia yang Kau takdirkan untukku,

pimpinlah kami kearah yang Kau Redhai.

Peliharalah kasih dan sayang kami berlandaskan kasih kami padaMu.

Kuatkanlah kasih dan sayang kami agar terus bersama kasihMu.



Tetapi, andainya bukan dia yang Kau takdirkan untukku,

ku mohon Kau bantulah aku dalam melenyapkan perasaan ini,

peliharalah hatiku agar terus dapat meneruskan kehidupan walaupun tanpa dirinya.

Kerana sesunggunya kami percaya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT.. "






Sangat suka dengan post ni ... click sini ... sedikit sebanyak, ia banyak meyedarkan aku.



Rasanya cukup la setakat ini. Lain kali update lagi.

No comments: