Pages

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H / 2011


Assalamualaikum

Tak terasa sebulan telah berlalu. Hari ini 1Syawal1432H, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua~

Tahun ini betul-betul kurang semangat raya kami sekeluarga, mungkin sebab ada lagi perkara besar yang bakal kami tempuhi dalam 2 3 bulan dari sekarang. InsyaAllah, andai Allah mengizinkan keluarga kami akan bertambah.


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
ku mohon Kau bantulah kami, permudahkan segala urusan kami, bukakan jalan terbaik untuk kami sekeluarga meyelesaikan salah satu ibadahMu ini"


Pada mulanya, aku target raya jatuh pada 31Ogos2011, sebab kami sekeluarga betul-betul tak ready lagi, mana tikar tak siap susun lagi, rumah tak siap kemas lagi.. tapi Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar pada malam dan pagi raya. Alhamdullilah~

Hari ni, PulauTerchenta ku ni hujan sepanjang hari, hujan rahmat di bulan Syawal. Sejuk ja seharian, pagi hari lepas bermohon maaf sekeluarga, kami berangkat ke kubur, menziarahi yang terchentha. Tapi aku tak berkesempatan, kerana masih dalam keadaan yang tak mengizinkan. Hanya menanti dalam kereta..InsyaAllah, sesudah mampu akan ke sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada chentha ku.

Rasanya tiada kata lagi nak disampaikan, InsyaAllah di laen hari.

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir & Batin!


** ThanksUncle Google, for ThePicture **

No comments: