Pages

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H / 2011


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah Ramadhan kembali lagi. Setahun telah berlalu, tanpa disedari. Cukupkah amalan yang ku lakukan untuk Penciptaku? Sesungguhnya, aku adalah hambaMu yang lalai. Sempena kehadiran bulan yang mulia ini, saya ingin memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan antara sedar atau tidak dan menyakiti mana-mana kenalan. Semoga segala amalan dan ibadah kita diterima dan beroleh kenikmatan yang telah dijanjikan. Amin.

Ya Allah, bimbinglah hatiku, perbuatanku, percakapanku, penglihatanku, pendengaranku dan segala nikmat yang Kau pinjamkan kepadaku. Alhamdullilah, aku bersyukur atas semua nikmat yang telah Kau pinjamkan kepadaku. Janganlah Kau tarik kembali nikmat itu, tetapi sekiranya itu takdir yang Kau tentukan, ku mohon peliharalah hati ini agar tidak terus lemah. Amin Ya Rabalalamin.


Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Wednesday, July 27, 2011

SetelahSekianLama


Bismillah.. lamanya la aku tak update blog. hehehe... sapu..sapu..sapu~

Ya. Saya bukan Blogger Tegar! bila rasa nak update, jari rajin menenkan keyboard baru la ter update blog kecilku ini.. hehehe

Kali ni pun bukan ada benda sangat nak di share pun, just nak update semata-mata. InsyaAllah dalam 5 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan. InsyaAllah jika Allah izinkan lagi aku untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan tu lagi.. Alhamdullilah. Semoga segala ibadahku akan diterima oleh-Nya.

Okeh la, takda idea lagi nak sambung. Daa..

Assalamualaikum



Tuesday, July 5, 2011