Pages

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan al-Mubarak~

Salam Ramadhan~


11 Ogos 2010.

Hari ni first day Ramadhan bagi 1431H. Kiranya sepanjang aku hidup ni ni Bulan Ramadhan aku yang ke 23.. Alhamdullilah aku dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk meneruskan ibadah ku di bulan ini. Macam orang lain, aku pun harap puasa aku penuh bulan ni. Normallah bagi seorang perempuan untuk "jarang-jarang" penuh puasa..

Ramadhan tahun ini aku rasa tiada bezanya dengan sebelumnya.. cuma aku berharap amalan ibadah kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semalam aku memenag menunggu pengemuman puasa tu, walaupun aku tau dah mesti la hari rabu (11/08/2010).. hehehe. Waktu tu kami semua di dapur, tp pas dengar salam dari pembuat pengemuman tu, kami semua lari ke ruang tamu.. hehehe. Masing-masing duduk untuk dengar.. and akhirnya, ya BENARLAH puasa tahun 1431H ni jatuh pada 11 Ogos 2010.

Pagi ni kami sahur macam biasa la..and paginya tu kami hantar mama pgi hospital. Hari ni mama masuk wad sebab esok ia mo operation buang batu karang. Kami turun dari rumah jam 6.30 pagi terus ke hospital. Habis urusan di sana baru la kami hantar adi ke sekolah and terus ke office masing-masing. rasanya buka puasa ni kami buka di hospital la kali.. hehehe

Patutnya post kali ni aku ada mo crita laen.. tp tercerita yang lain la pula. xpa la.. Next post nanti..