Pages

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri 1432H / 2011


Assalamualaikum

Tak terasa sebulan telah berlalu. Hari ini 1Syawal1432H, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua~

Tahun ini betul-betul kurang semangat raya kami sekeluarga, mungkin sebab ada lagi perkara besar yang bakal kami tempuhi dalam 2 3 bulan dari sekarang. InsyaAllah, andai Allah mengizinkan keluarga kami akan bertambah.


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
ku mohon Kau bantulah kami, permudahkan segala urusan kami, bukakan jalan terbaik untuk kami sekeluarga meyelesaikan salah satu ibadahMu ini"


Pada mulanya, aku target raya jatuh pada 31Ogos2011, sebab kami sekeluarga betul-betul tak ready lagi, mana tikar tak siap susun lagi, rumah tak siap kemas lagi.. tapi Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar pada malam dan pagi raya. Alhamdullilah~

Hari ni, PulauTerchenta ku ni hujan sepanjang hari, hujan rahmat di bulan Syawal. Sejuk ja seharian, pagi hari lepas bermohon maaf sekeluarga, kami berangkat ke kubur, menziarahi yang terchentha. Tapi aku tak berkesempatan, kerana masih dalam keadaan yang tak mengizinkan. Hanya menanti dalam kereta..InsyaAllah, sesudah mampu akan ke sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada chentha ku.

Rasanya tiada kata lagi nak disampaikan, InsyaAllah di laen hari.

Salam Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir & Batin!


** ThanksUncle Google, for ThePicture **

Wednesday, August 24, 2011

HadirnyaBukanUntukku

Salam buat semua,

Hari ni, 24 Ogos 2011 andai aku selayakknya, aku adalah insan yang paling bahagia sekali. Tetapi aku tidak hampir sedikitpun untuk berasa seperti itu. Maafkan aku sekiranya aku melukainya. Maafkan aku sekiranya aku jadi onarnya. Maafkan aku..

Ya Allah, maha berat cubaanmu kali ini.
Kenapa Kau turunkan perasaan ini seandainya aku tak mampu mendapatkannya
Kenapa Kau seksa dua hati ini

Astagfirullah,
ku mohon ampun padamu Ya Rahman, Ya Rahim
aku persoalkan kekuasaanMu Ya Tuhanku
Alhamdullilah, aku yang Kau pilih untuk ujian ini..
Alhamdullilah, aku yang Kau pilih untuk diuji..

Tapi,

Sesungguhnya, aku adalah hambaMu yang lemah
Aku tidak setabah itu,
Pimpinlah aku Ya Tuhanku..
Bantulah aku dalam mengharungi ujian ini..

Andai dia bukan milikku, bukan jodohku
Ku pohon, kau jauhilah diri hatta bayangnya dari ku
Kau peliharalah aku dari terus kecewa..
Kau peliharalah aku dari terus bersedih..

































Kerana sesungguhnya,
Aku tahu, dia bukan milikku..