Pages

Saturday, September 17, 2011

HappyBirthdayToMe~ **Updated**


Alhamdullilah. Dia masih memberi kesempatan kepada aku untuk menikmati usia yang semakin bertambah. Hari ni aku genap 24 tahun. Alhamdullilah, keranaNya masih memberi kesempatan untuk menikmati segala nikmatNya. Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.

Hari ni banyak sangat dapat wish dari Facebook, SMS, orang call.. banyak sangat! Terima kasih sebab masih mengingati salah satu tarikh istimewa dalam hidupku. TerimaKasih semua!

I can no other answer make, but, thanks, and thanks.
- William Shakespeare -


Celebration?? tak la meriah sangat.. tapi sangat bermakna!

1. Celebrate dengan family. Mama masak mee goreng + ayam goreng. Then ada Cheese Cake! SukaSangat! Thanks to all my family... HeartThemSoMuch!

2. Celebrate dengan insan yang aku anggap kawan+kakak yang baek! Kawan se office jugak! hehehe... MemZaharah. Dia belanja makan ketam dekat AnjungKetam! Sedap sangat! Thanks love!

Wish? (** terfikir setelah seseorang bertanya.. WhatIsYourBirthdayWish? **)

Sebenarnya tak pernah lagi terfikir pasal BirthdayWish ni. Tapi cuma satu ku harapkan. Kebahagian kepada IbuBapaku, AdikBeradikku, SahabatHandaiku, KawanKawanKu, dan diriku. Ku harapkan aku dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, ehem! cepat dapat jodoh , hehehe... Yang lain, semua ku serahkan kepada Penciptaku. Kerana perancangan terbaik datangnya daripada-Nya.

** ada gambar sebenarnya, tapi aku malas nak upload. Yang penting aku nak publish jugak post ni malam ni. Laen kali aku update dengan gambar k **

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


** Okey, da ada gambar. Then.. enjoy! **


** FromMyFamily**



**WithTheCandels**



**ThanksForTheCrabs love~ **




- I'mWaitingForNext 17September -


- LotsOfLove -

Wednesday, September 14, 2011

L.i.F.E






16Syawal1432H. 14September2011.



Alhamdullilah, hari ni masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Penciptaku. Alhamdullilah, terima kasih Tuhanku.



Banyak perkara yang nak dikongsikan, dalam tempoh 2 bulan ni ada banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidupku. Terlalu banyak bagiku untuk tempoh yang singkat ni. Tetapi, itu lah yang dinama kan kehidupan. Pahit, manis, gembira, berduka.. semuanya ku rasa.



Alhamdullilah dalam tergesa-gesa, aku dapat membantu, walau tidak banyak sedikit pun, aku dapat menunaikan impian cinta hidupku yang pertama, mama. Sayaaannggg mama~ Walau dalam tergesa-gesa atau kami gelar "tebubut-bubut" hehehe... hampir 50% proses memperbesarkan rumah telah selesai. Dari dulu lagi mama dah pesan "kalau ada rezeki lebih, kita besarkan rumah" balik-balik mama cakap, Alhamdullilah, walau sedikit, dapat jua aku tolong. Jom doa ramai-ramai dengan aku :-





"Ya Allah, bantulah kami dalam segala urusan. Permudahkan jalan yang terbaik buat kami. Andai itu bukan yang terbaik buat kami, tunjukkanlah kebenarannya.

Sesungguhnya, kami adalah hambaMu yang lemah. "





- BukanGambarSebenar -





Perkara lain, rasanya aku dah bagitau dekat post yang sebelum ni. Kalau tak ingat, silalah click sini . Rasanya tak perlu cerita lagi, sebab dah bagtau kan?? hehehe.. cuma aku harap, Allah sentiasa bersama kami dalam menyelesaikan perkara ni. Walau apa pun perancanganNya.




Last sekali, cerita pasal aku la. Hehehe.. rasa-rasanya la kan aku dah temui apa yang aku cari. Cuma.. ada banyak benda lain yang perlu aku pertimbangkan. Terlalu banyak. Dan jika difikirkan secara logik dan pandangan lain, aku sangat-sangat tidak wajar melibatkan diri dalam hal macam ni. Tetapi, apa kan dayaku. Dia menentukan segalanya, Dia merancang segalanya, dan Dia yang menentukan segalanya. Secara jujurnya, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Sangat Bahagia. Tetapi, dalam masa yang sama aku juga rasa bersalah dan rasa takut.



" Ya Allah, Ya Tuhanku. Bantulah aku dalam memilih yang terbaik.

Kerana sesunggunya Kau tahu mana yang terbaik buatku, buatnya,

keluargaku dan keluarganya.

Andai dia yang Kau ciptakan untukku, Andai dia yang Kau takdirkan untukku,

pimpinlah kami kearah yang Kau Redhai.

Peliharalah kasih dan sayang kami berlandaskan kasih kami padaMu.

Kuatkanlah kasih dan sayang kami agar terus bersama kasihMu.



Tetapi, andainya bukan dia yang Kau takdirkan untukku,

ku mohon Kau bantulah aku dalam melenyapkan perasaan ini,

peliharalah hatiku agar terus dapat meneruskan kehidupan walaupun tanpa dirinya.

Kerana sesunggunya kami percaya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT.. "






Sangat suka dengan post ni ... click sini ... sedikit sebanyak, ia banyak meyedarkan aku.



Rasanya cukup la setakat ini. Lain kali update lagi.