Pages

Friday, March 19, 2010

Labuan = Kundasang???


LABUAN 19 Mac - Perjalanan yang dijadualkan menggunakan Bas Mini 6 ku ditemani pemandangan yang sedikit mengejutkan. Di pagi Jumaat ini, jam di handphone ku menunjukkan jam 6.55 pagi dan aku telah pun berada di dalam bas. Sepanjang perjalananku, ku lihat pulau indahku ini seakan mendung dan berkabus. Akan tetapi, ku kembali kepada realiti Labuan ≠ Kundasang. Kundasang yang sejuk dan berkabus tak akan sama dengan pulau kesayangan ke ini. "Labuan dilanda jerebu" kata hatiku!
Sepanjang perjalanan juga, akan terlihat "kawasan hitam" hasil daripada kerakusan Api! Sama ada TERbakar atau DIbakar, sukar ku tentukan. Bagaikan satu kewajiban, setiap kawasan (kampung), harus ada satu "kawasan hitam". Inikah kesan Pemanasan Melampau?? sekali lagi kukatakan "Labuan dilanda jerebu".

Naik ke pejabat, aku terus ke "bilik selesa". Hajat dihati untuk berurusan dengan "miss bad tudung today". Mata terhidang pula dengan pemandangan yang lebih luar biasa. Hampir keseluruhan pulauku ini diseliputi jerebu. Bilakah keadaan ini akan berakhir?? Kita tunggu dan lihat.. ~


ViewFromLevel10


No comments: