Pages

Monday, October 17, 2011

Seikatsu.

17 Oktober 2011. Isnin.

Hati tergerak untuk update blog ni. Kesian, dianak tiri kan jak. hehehe.. Bila rasa nak update, baru update. Nama pun personal blog kan? ikut suka la bila nak update... - _ -'

Oklah. Mari buat summary sepanjang tak update..

Life : Agak serabut. Dengan kerja, family and hubungan dengan manusia lain.

Family : Alhamdullillah, semua sihat dan sejahtera (tapikan, hari tu.. aku demam :( tapi yang bestnya tak lama, 2 hari jak ) Yang lain-lain semua ok. Dugaan lepas dapat dilalui dengan perlahan-lahan. Alhamdullillah. Terima kasih Allah.

EhsanGambar : shutterstock.com

Worklife : Dalam sebulan dua ni, aku balik-balik kena hantar kursus/ outstation. Kadang-kadang dalam selang seminggu. Letih? ya lah.. siapa nda. Tapi, mcm yang pernah aku cakap dulu la, "Saya yang menurut perintah". Banyak benda yang selama ni aku tak tahu, aku tahu kebenaranya. Apa yang boleh aku cakap, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Gambar agak tidak berkaitan - _- ''


Friend : Hubungan dengan kawan-kawan ok. Jom buat check list. KawanKerja : Ok!. KawanUni : Ok!. KawanSMSL : Ok!. KawanExKerja : Ok! Kawan2Sayang : Ok!. Alhamdullillah. Saya Sayang Kawan-Kawan Saya!! Love.Lurve.Lep.
LoveMyFriends~

Ok. Cerita something k. 14 Oktober 2011 lepas, seorang sahabat time di Unimas telah kembali kepada Pencipta. Aku tahu pun melalui post di facebook (kawan unimas jugak). Terkejut sangat! Tapi, kita kena redha dengan semua ketentuan Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita kembali. Sepanjang aku kenal arwah, arwah seorang anak yang baik, lelaki yang baik, kawan yang baik, teman yang baik. Sentiasa berusaha untuk membantu kawan-kawannya. Geng kami pernah minta tolong dia jadi driver kami ke Kuching, ambil dan hantar kami ke Airport. Sangat baik. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dibawah lindunganNya. Kenangan bersama arwah akan sentiasa diingati. Semoga keluarga arwah dan Ainul (teman istimewa arwah) tabah dan sabar dengan dugaan yang berat ini.

Al-fatihah untuk arwah Wan Mohd Asyraf bin Wan Mohamed @ Acap.


Acap, you will forever be loved and missed. Al fatihah.

Ok lah. Nanti lagi kita sambung k. Kering idea dah. Thanks for reading. Love u.

No comments: