Pages

Monday, September 13, 2010

RayaDanRaya~


Salam.

Hari ni 13September2010 bersamaan 05Syawal1341H. Aku da masuk office da hari ni. Punya la sunyi.. mcm mana la x sunyi da aku sorang ja dalam office ni. So, aku xda kerja.. meng"update"blog la.

Selamat Hari raya Aidilfitri..~

Hehe.. masih belum terlambat lagi kan untuk ucpakan SelamatHariRaya. Kita kan raya sebulan.. biasanya time mcm ni orang da kurang beraya (klw di Labuan la) tp, 2 minggu terakhir biasanya orang busy la nak buat OpenHouse (yeahh.. makan-makan..~) Family kami?? InsyaAllah minggu terakhir bulan Syawal. hikhik..


Oeh, da tajuk kali ni RayaOhRaya. So, aku kna la cerita sal Raya. Tahun ni kami mcm kurang feeling ckt.. hehehe. xtau la napa. Pagi raya babah kerja. jd kami (mamaNanak2nya) beraya pagi di rumah ja la. Mama masak la jua.. Ketupat dgn KuahKacangBerdaging ja. mememnag untuk kami-kami ja la. Kalau tahun2 sebelum ni.. pagi rya kami da bz2 mo pgi ZiarahKubur, tapi tahun ni rilex hbs.. ntah jam brapa la kmi bru mandi (ish2.. memalukan). Petang, babah blik da dari kerja. Tapi aku dgn babah ja yag ziarah kubur (Mama&Idah x bleh, uzur.. hehehe) Kami ziarah 3 tempat (Segumau, Keramat, Kilan). Malam baru la pgi rumah saudar2.


Raya Kedua. Masiih dirumah. Mlam baru aku jaln. Sbb kwn aku bwa jalan. Blik dalam jam 11.


Raya Ketiga. Beraya dgn family, dari pagi sampai ke petang. Mlam aku teruskan lagi dgn Kawan2 sekolah dlu. Aku rasa besh sgtt~ hehehe... kami pgi dlam 5 buah rumah ja. tp, jam 12 mlm bru aku blik. Lama2 di rumah org becerita saja.. hikhik. Aku xda gambar yag boleh dikongsi. sbb aku x bawa kamera. Tggu kwn2 aku upload dlu la.


Okeh, aku rasa panjang da post ni kan?? Laen kali sambung lagi.

SalamAidilfitri.

1 comment:

Ayumu ♪♫ said...

Wanita Haid Ziarah Kubur
ibnu_muslim

Salam

bolehkah wanita haid pergi kekubur atau mengiringi jenazah ke kubur?mohon penjelasan.


************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Tiada perbezaan hukum antara wanita haidh dan wanita tidak haidh dalam permasalahan ziarah kubur.

Sesetengah ulama melihat: harus ziarah kubur, baik lelaki atau wanita. Maka ia merangkumi wanita haidh dan wanita suci. Kerana umum hadis:

"Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur. Maka ziarahlah ia". HR Muslim (no: 977).

Dan kerana ada hadis bahawa Aisyah r.a. pernah menziarahi kubur saudaranya Abdul Rahman. Apabila ditanya, jawabnya: Dulu Nabi melarangnya, kemudian memerintahnya.
HR Baihaqi (no: 6999), Al-Hakim dlm Mustadrak (no: 1392).

Sesetengah ulama pula cenderung kepada larangan wanita menziarahi kubur, kerana hadis "Allah melaknat wanita2 yang banyak menziarahi kubur".
HR Tirmizi (no: 1056) katanya: Hasan Sahih.

Bagi mereka yang cenderung pendapat ini juga tidak membezakan antara wanita haidh dan wanita suci.

Wallahu A'lam.