Pages

Saturday, February 19, 2011

DiManakanKuCariGanti


Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


Friday, February 11, 2011

Darinya Untukku


Bismillah~

DearReaders,

Alhamdullilah. Aku tak menulis di kala emosi kurang stabil. Sebenarnya nak pau post ni lebih serius. Sebab benda yang nak bincangkan ni dalam kategori serius. Jadi post ni jatuh la dalam label EmosiSiPanda.

Okeh. Post kali ni sebenarnya aku nak cerita pasal pengorbanan. Sedar atau tidak, bagi kita (anak/children) sangat, sangat, sangat banyak menerima daripada IbuBapa kita. Sangat, sangat, sangat. Pengorbanan mereka terlalu banyak untuk kita bilang dengan jari walaupun dah ditambah dengan jari kaki kita. Walau tak berdaya, mereka akan usaha sebaik mungkin untuk penuhi permintaan anak. Apa sahaja akan dilakukan. Apa sahaja!

Renung-renungkan lah. Sesungguhnya, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.


Sunday, February 6, 2011

Hujan Oh Hujan


Bismillah.

DearReaders,

Hari ni hari terakhir aku bercuti. Aku cuti 1 minggu
. Rasa x puas la.. sbb aku sangat suka time cuti ni. Sbb Hujan+Mendung+Suram tapi bagi aku ia "CERIA" (^_________________^)

Pulau ku ni, boleh dikatakan setiap hari hujan. Alhamdulliah. Sayang Allah. Walaupun kain yang di jemur tak kering2, tp aku tetap suka! hehehe.. kalau orang laen mengeluh baju tak kering2.. aku akan ketawa gembira liahat hujan turun. Because, I Love It!

Then jum layan gambar hujan yg aku ambil dr uncle google . U will love it!



SekakiPayung-PelindungHujan


DriveCarefully~


InTheCar~




Saturday, February 5, 2011

Oh! Engkau~

Dear readers,

Post lepas aku ada cerita pasal "MyOldDairy" kan?? then, ni salah datu daripadanya.. tetapi aku kna edit2 cikit. Watak2 dalam cerita ni telah ditukarkan. Hanya HambaAllah yang ada waktu kejadian sahaja yang akan faham. Thanks & Enjoy~

*abaikan singkatan2 tu. harap2 fhm la*

07082007

Brapa hari da aku x buat benda ni.makin ari makin pemalas aku ni. Pergi klas malas,blajar apa tah lagi...suma tah malas.di asuh luan pemalas atu ah..aku mo crita apa ah?hari last konvo, ahad atu,aku x jumpa luan "abg fvrt" seharian . sampai la aku naik bas. Dah la penuh,tepaksa kmi bediri,pa jua ulah.kmi bediri d blkng skali. Time aku sedap2 makan,c F tegur aku, ia ckp da "abg fvrt". Aku pun liat la...waa!!!mmg ia,ia dgn sorg prmpuan n 3 org kwn llkinya. Smartnya ia..pakai bju konvo. Da tu bw bunga n sijil lg. Pakai topi lg tu..waaa!!!! kalau ku ingat tem tu aku tepaku liat ia. Mmg smart...pastu aku sedih betul sbb aku tau aku x kan jumpa ia lg. Tiada nak di liat lg. Kalau dulu,da jua kan d liat.aku mmg mati2 ingat ia da balik esknya..sedih ni. Brabis ku cari no.nya..byk urg ku tnya.suma mghampakan..last2 aku dapat dr senior rumah ku. Tu pun aku guna no c D tuk minta. Punya la aku hepi..aku dapat tem kmi d kuching.hehe...blum hbs lg crita ku tu. Rupanya kmi satu bas sma abg fvrt. Time dkt Kolej Bunga Raya bru tah ku tau kmi 1 bas. ku liat ia banar2 tem atu...smartnya ia!!! tp, aku dlm mood sedih tem tu,dorg N da ambil gmbrnya dr jauh..x terang. Tp ok la...da jua kan ku liat.aku tau yg ia tau aku slalu liat ia. Sbb ia slalu jua liat kmi.(kalu aku x salah la)

*Hahahaha... lucunya. "MudaBelia OK!"

Kalau bas lalu dr alamanda,mst ia liat blkg pas trun dr bas,aku mst liat ia.k,smbng crita td. Time smpai Kolej Sakura aku mo jd org last trun,tp x dapat.tem aku msh lalu,ia masih bediri lg...ni la 1st time dlm hidupku aku bckp sama ia.aku ckp ‘Tahniah!’ aku rasa aku ckp kecik ja..tp,aku dapat dgr ia ckp ‘Terima Kasih’ . Dekat kmi time tu, sbb sempit, mmg aku dgr suaranya!!! Hepinyaku...

Trun ja aku dr bas trus aku liat blkng.ia ddk n tgk tgkp!!!pa mksdnya??tem tu ja aku hepi...tem naik bukit tu da ku nangis.smpai ke bilik. Tu la last aku liat ia aku ingat. Skali esknya tem kmi balik dr kuching F nmpk ia. Aku hepi!! ia blum balik. Mlm tu F srh aku pg cafe kuning tem drng dicssn. Ia da sana tp ia sma sorg prmpn n sorg llk. Brcita. Aku tau ia liat tem aku datng sana. Aku curi2 liat ia tem kmi n ia brcrita sma kwn2nya. Tu la yg banar lastnya aku liat ia...

*sambungan diBuang! tak sanggup nak publish. Sungguh "MudaBelia"

Byk nya crita sal ia..da pa la. Aku lpskan ia stat mlm ni..bye abg fvrt... ia ttp akan jd "abg fvrt" dlm idup ku..... =p




Then, apa komen? hahaha.. Ya, aku ada cerita-suka-orang-zaman-muda. Hahahaha. Lucu, tpi Besh! buat aku senyum~

SebalikCerita: Sebenarnya ada gambar dalam post ni. Gambar "AbgFevret". Tapi dalam MSWords. Aku tak bleh upload dlm ni.**AkuTakCanggih**

Memory Lots Of Love


Bismillah.

Di petang yang sejuk dan mendung ni, tiba-tiba aku terasa nak cari-cari cerita dalam CD Burn yang lama aku tinggalkan. Dulu, time blajar, aku suka sangat kumpul2 movie pastu burn dalam CD banyak2. Yes! saya penggemar Movie! heheheh.. REaders jgn Ikut! ini satu jenayah! hehehe... op coz ni cetak rompak. just for me~

Time tengah selongkar2 CD.. aku tejumpa satu folder dalam salah satu CD aku. Named as "MyLife". Aku bukak folder tu.. then aku jumpa balik my old dairy in words. hehehe.. dlu2 aku rajin buat semua ni.. ala gaya blog la. tp aku x publish.. sebab time tu bodo2 lagi pasal blog (sekarang pun bukan pandai sangat- BlogKu MasihKosong). Ok. Balik pada folder tadi.. aku jumpa satu VIDEO. Yes a VEDIO!!

Then aku tekan la "play". Tau x apa yang keluar..~

OurVideo (Photo + Our Song) hahahhaa... sangat2 terharu. Aku sendiri da lupa aku ada buat benda ni. Tp aku bersyukur sangat sebb aku buat benda2 mcm ni dlu.. hahahhaha. Tiba2 aku rsa windu yang amat dengan dorang. yes! sgt RIND
UUUU~

Lastly, aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada 4 hamba Allah yang sanggup terima aku seadanya untuk menjadi sebahagian daripada memori mereka. Aku bukan orang yg sentiasa ceria untuk 4 HambaAllah ni, aku bukan sentiasa peneman yang terbaek dikala mereka sedih mahupun berduka, aku buka kawan yang sentiasa ada bersama mereka, aku selalu sendirian dalam bilik di kala mereka berempat bersama-sama di apptment mereka, apptmnt alamanda atau what we called "loteng". Tapi, bersama mereka merupakan masa terbaek aku dan menjadi salah satu kenangan yang sangat sweet-as-Gula. Alhamdulliah, Kau temukan aku dengan mereka. Terima Kasih Allah. Sayang Allah.



dan... sayang mereka jugak.

*this post for you.

Yes! you.. Nurul Farhana Mohammad Nor, Nadia Liyana Zakaria, Siti Afiah Samat and
Saidah Bini.
Sayang 10000000x kmu!

Tuesday, February 1, 2011

Salam 1 Wilayah, 1Malaysia~


Dear reader (s),

Tiba-tiba rasa nak post vedio ni..
Sempena Hari Wilayah ni.. saya ucapkan selamat menyambut hari wilayah kepada semua warga Wilayah Persekutuan tak kira Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya~

** yang bekerja di area wilayah ni, selamat bercuti..

Monday, January 24, 2011

Saya Sangat Marah!!


Arrgghhhhh... Geramnya!!!

Aku sangat2 la tak faham dengan sesetengah insan yang sungguh2 tak faham bidang tugas masing2. Sangat2!!! Arggghhhh!!! Kalau la aku mampu tuk tunjukkan marah aku ni.. rsanya rmai da yang terbang sana sini. Benda2 macam ni aku hilang rsa ikhlas-sudi-tolong buat kerja!! kalau aku dah rasa macam tu, aku betul2 la tak akan buat benda tu. Jangan sampai aku terpaksa cakap aa. Aku tak suka!!!

Faham2 sendiri la ba. Dah diberi seorang pembantu, gunakan lah sebaiknya. Then, kenapa masih menyusahkan orang laen yang mempunyai bidang tugas lain. Walaupun aku kelihatan-tak-banyak-kerja. Aky tetap bukan orang selayaknya buat benda2 macam tu. Serius aku cakap. Aku sangat Marah!!!!


credit to : ClipArtOf. com

Monday, January 3, 2011

Welcome 2011

Lewat da ka nak ucap "Selamat Tahun Baru" ? Nda kan? hehehe.. Then, HAppy New Year. Welcome 2011.

Kurang erjua cikit nak buat pos ni. Sebab xda idea. hehehe~

Alhamdulliah, tahun ni aku masih bekerja ditempat yang sama. Alhamdullilah~

Usia semakin meningkat. Harap-Dapat-Berubah-Ke-Arah-Yang-Lebih-Baik- Always!

Hari tu cuti 3 hari, aku dkt rumah ja (jln2 la jgak ke bandar sekejap2). Aku habis kan masih dengan rilex sambil tgok cita korea and baca blog orang. (cyes!! aku perlu perbaiki cara aku buat post dalam blog aku~) hahaha..~ Kadang2 bukan xda masa nak update blog, cuma xda idea tuk hasilkan post TERbaek! 2011-Update Blog Selalu! hehehe~

Best ja baca blog orang. Aku suka Follow2 blog org yang besh2. hehhee..~ bila la aku dpt SEramai follower mcm dorg. hikhik~ InsyaAllah, suatu hari nanti.

Okeh la. Benar2 kering idea.

-sekian-

Wednesday, December 22, 2010

Soalan.

Salam.

Selalu susah nak mulakan post. Always.

Sebenarnya ada idea. Tapi tak tahu macam mana nak mulakan. Macam ni la perasaan sebenarnya yang aku lalui sepanjang tahun ni. Ada kemahuan tapi tak tahu cara untuk merealisasikan. Sepanjang 2010 ni, aku selalu ikuti perkembangan produk ni. In fact, aku pernah guna product ni selama hampir 3 bulan. Aku PERCAYA product ni. Sangat2. Sebab aku tahu ia boleh mengubah hidup aku.

Tapi tak tahu mana silapnya.. aku berhenti menggunakannya. SANGAT SEDEH sebenarnya. Sepanjang aku gunakan product ni, ia berikan sedikit perubahan, and aku excited tuk memahami lebih dalam peluang yang ada dalam product ni. Tapi, aku tak diberi kesempatan (atau mungkin aku tak menyatakan dengan jelas kepada insan yang aku mohon pertolongan). Aku berkenalan dengan product ni melalui seorang hamba Allah yang aku boleh labelkan dia sebagai "Amazing + Superwomen" melalui Facebook and Blognya. Satu keluarga mengamalkan product ni. Dan disebabkan aku terlalu teruja, aku berusaha untuk mendapatkan product ni.

Satu hari, aku jalan2 (lunch hour) aku nampak satu booth (aku selalu nampak booth ni, tp buat do no ja, sbb ia cuma booth biasa bagi aku) and satu girl sedang buat sale and bercerita berkenaan product ni dengan one uncle. Aku sangat TERUJA!!! Aku pernah cerita benda ni dalam post sebelum ni. Dan akhirnya, aku mengambil product ni melalui girl tu. Aku jadi member for this product and using this product. Walaupun x banyak, aku tahu ada perubahan dlam diri aku sepanjang aku gunakan product ni. Sepanjang aku gunakan product ni, macam2 cakap orang aku kena "tepis". Macam-Macam.

Tapi macam aku cakap sebelum ni, aku PERCAYA product ni. tapi mungkin BELIEVE aku tak mencukupi untuk menjadi pengguna "hakiki" product ni. Aku tewas di tengah jalan. SANGAT HAMPA. Kalau orang kuat product ni dengar apa aku cakap, mesti kecewa dengan aku. TApi serius aku cakap, Aku sendiri sangat hampa dengan tindakan aku.

Truely. Aku kecewa dengan seseorang yang perkenalkan aku product ni. Aku faham konsep product ni. Once aku daftar, means aku akan jadi downline orang yang daftarkan aku. YES aku faham!! Tapi salah ka kalau nak belajar dari orang laen? atau mmg salah? ntah la.. aku binggung. Dari sana, aku macam putus harapan. Aku keciwa.

Tapi aku tetap follow blog dia. Sebab macam yang aku cakap di atas, She is Amazing + Superwomen. I mean it! Setiap kali aku baca blog dia, aku bersemangat and more, more, more believe to that product. Thanks to her. Setiap kali aku baca blog dia, aku rasa "WOW!! aku nak jadi macam dia" , "Di mana silap aku?" and macam-macam persoalan. Mesti dalam fikiran kamu, "dia ni betul-betul perlukan bimbingan kan??" Yes! I am!!.


"Di mana aku harus mulakan??"

"Apa perkara pertama aku patut buat??"



Wednesday, October 27, 2010

SakitnyaHati~


Bismillah~

Salam & Selamat Sejahtera.

Hari ni terasa nak update blog. Tapi dlm "kondusi" yang kurang menyenangkan. Patutnya pagi ni aku happy sebab kerja2 tertunggak dah siap. Aku dengan semangatnya pergi kerja pagi ni. Hinggalah satu saat aku menerima SMS yang memanaskan hati. Aku sebenarnya x faham dengan perangai orang ni. Papa pendapat aku la, dia sebagai seorang pendidik seharusnya positive dalam hal ni. Tanggungjawab telah diberikan. Sedia untuk digalas. Kursus telah diberi. Makluman awal telah disediakan. Apa masalah nya lagi?? Last2 minutes baru nak kata mcm ni

"Selamat pagi. Boleh tak singkirkan nama saya daripada JU (-disamarkan-) ? Saya betul-betul tak dapat mengendalikan kursus ni. Lagi pun esok saya ada meeting. Dan hari jumaat saya perlu pergi ke KK. Apa saya perlu lakukan untuk batalkan nama saya? "

Semudah itu??? (HIIISSShhHHHhHHH!!!!!!!!!)

"Ini termasuk kesalahan tatatertib kah? Saya teri
ma saja apa yang akan berlaku. hanya minta tolong batalkan nama saya"

Sakitnya ati!!!!!

Ya Allah.. tabahkan la hati hambaMu ini. Kuatkanlah semangatnya untuk meneruskan perjuangan ini. Permudahkanlah segala urusannya.

Amin~

Keciwanya~