Pages

Showing posts with label Seikatsu Means OurLife. Show all posts
Showing posts with label Seikatsu Means OurLife. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Seikatsu.

17 Oktober 2011. Isnin.

Hati tergerak untuk update blog ni. Kesian, dianak tiri kan jak. hehehe.. Bila rasa nak update, baru update. Nama pun personal blog kan? ikut suka la bila nak update... - _ -'

Oklah. Mari buat summary sepanjang tak update..

Life : Agak serabut. Dengan kerja, family and hubungan dengan manusia lain.

Family : Alhamdullillah, semua sihat dan sejahtera (tapikan, hari tu.. aku demam :( tapi yang bestnya tak lama, 2 hari jak ) Yang lain-lain semua ok. Dugaan lepas dapat dilalui dengan perlahan-lahan. Alhamdullillah. Terima kasih Allah.

EhsanGambar : shutterstock.com

Worklife : Dalam sebulan dua ni, aku balik-balik kena hantar kursus/ outstation. Kadang-kadang dalam selang seminggu. Letih? ya lah.. siapa nda. Tapi, mcm yang pernah aku cakap dulu la, "Saya yang menurut perintah". Banyak benda yang selama ni aku tak tahu, aku tahu kebenaranya. Apa yang boleh aku cakap, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Gambar agak tidak berkaitan - _- ''


Friend : Hubungan dengan kawan-kawan ok. Jom buat check list. KawanKerja : Ok!. KawanUni : Ok!. KawanSMSL : Ok!. KawanExKerja : Ok! Kawan2Sayang : Ok!. Alhamdullillah. Saya Sayang Kawan-Kawan Saya!! Love.Lurve.Lep.
LoveMyFriends~

Ok. Cerita something k. 14 Oktober 2011 lepas, seorang sahabat time di Unimas telah kembali kepada Pencipta. Aku tahu pun melalui post di facebook (kawan unimas jugak). Terkejut sangat! Tapi, kita kena redha dengan semua ketentuan Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita kembali. Sepanjang aku kenal arwah, arwah seorang anak yang baik, lelaki yang baik, kawan yang baik, teman yang baik. Sentiasa berusaha untuk membantu kawan-kawannya. Geng kami pernah minta tolong dia jadi driver kami ke Kuching, ambil dan hantar kami ke Airport. Sangat baik. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dibawah lindunganNya. Kenangan bersama arwah akan sentiasa diingati. Semoga keluarga arwah dan Ainul (teman istimewa arwah) tabah dan sabar dengan dugaan yang berat ini.

Al-fatihah untuk arwah Wan Mohd Asyraf bin Wan Mohamed @ Acap.


Acap, you will forever be loved and missed. Al fatihah.

Ok lah. Nanti lagi kita sambung k. Kering idea dah. Thanks for reading. Love u.

Wednesday, September 14, 2011

L.i.F.E






16Syawal1432H. 14September2011.



Alhamdullilah, hari ni masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Penciptaku. Alhamdullilah, terima kasih Tuhanku.



Banyak perkara yang nak dikongsikan, dalam tempoh 2 bulan ni ada banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidupku. Terlalu banyak bagiku untuk tempoh yang singkat ni. Tetapi, itu lah yang dinama kan kehidupan. Pahit, manis, gembira, berduka.. semuanya ku rasa.



Alhamdullilah dalam tergesa-gesa, aku dapat membantu, walau tidak banyak sedikit pun, aku dapat menunaikan impian cinta hidupku yang pertama, mama. Sayaaannggg mama~ Walau dalam tergesa-gesa atau kami gelar "tebubut-bubut" hehehe... hampir 50% proses memperbesarkan rumah telah selesai. Dari dulu lagi mama dah pesan "kalau ada rezeki lebih, kita besarkan rumah" balik-balik mama cakap, Alhamdullilah, walau sedikit, dapat jua aku tolong. Jom doa ramai-ramai dengan aku :-





"Ya Allah, bantulah kami dalam segala urusan. Permudahkan jalan yang terbaik buat kami. Andai itu bukan yang terbaik buat kami, tunjukkanlah kebenarannya.

Sesungguhnya, kami adalah hambaMu yang lemah. "





- BukanGambarSebenar -





Perkara lain, rasanya aku dah bagitau dekat post yang sebelum ni. Kalau tak ingat, silalah click sini . Rasanya tak perlu cerita lagi, sebab dah bagtau kan?? hehehe.. cuma aku harap, Allah sentiasa bersama kami dalam menyelesaikan perkara ni. Walau apa pun perancanganNya.




Last sekali, cerita pasal aku la. Hehehe.. rasa-rasanya la kan aku dah temui apa yang aku cari. Cuma.. ada banyak benda lain yang perlu aku pertimbangkan. Terlalu banyak. Dan jika difikirkan secara logik dan pandangan lain, aku sangat-sangat tidak wajar melibatkan diri dalam hal macam ni. Tetapi, apa kan dayaku. Dia menentukan segalanya, Dia merancang segalanya, dan Dia yang menentukan segalanya. Secara jujurnya, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Sangat Bahagia. Tetapi, dalam masa yang sama aku juga rasa bersalah dan rasa takut.



" Ya Allah, Ya Tuhanku. Bantulah aku dalam memilih yang terbaik.

Kerana sesunggunya Kau tahu mana yang terbaik buatku, buatnya,

keluargaku dan keluarganya.

Andai dia yang Kau ciptakan untukku, Andai dia yang Kau takdirkan untukku,

pimpinlah kami kearah yang Kau Redhai.

Peliharalah kasih dan sayang kami berlandaskan kasih kami padaMu.

Kuatkanlah kasih dan sayang kami agar terus bersama kasihMu.



Tetapi, andainya bukan dia yang Kau takdirkan untukku,

ku mohon Kau bantulah aku dalam melenyapkan perasaan ini,

peliharalah hatiku agar terus dapat meneruskan kehidupan walaupun tanpa dirinya.

Kerana sesunggunya kami percaya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah SWT.. "






Sangat suka dengan post ni ... click sini ... sedikit sebanyak, ia banyak meyedarkan aku.



Rasanya cukup la setakat ini. Lain kali update lagi.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H / 2011


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah Ramadhan kembali lagi. Setahun telah berlalu, tanpa disedari. Cukupkah amalan yang ku lakukan untuk Penciptaku? Sesungguhnya, aku adalah hambaMu yang lalai. Sempena kehadiran bulan yang mulia ini, saya ingin memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan antara sedar atau tidak dan menyakiti mana-mana kenalan. Semoga segala amalan dan ibadah kita diterima dan beroleh kenikmatan yang telah dijanjikan. Amin.

Ya Allah, bimbinglah hatiku, perbuatanku, percakapanku, penglihatanku, pendengaranku dan segala nikmat yang Kau pinjamkan kepadaku. Alhamdullilah, aku bersyukur atas semua nikmat yang telah Kau pinjamkan kepadaku. Janganlah Kau tarik kembali nikmat itu, tetapi sekiranya itu takdir yang Kau tentukan, ku mohon peliharalah hati ini agar tidak terus lemah. Amin Ya Rabalalamin.


Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Saturday, February 5, 2011

Memory Lots Of Love


Bismillah.

Di petang yang sejuk dan mendung ni, tiba-tiba aku terasa nak cari-cari cerita dalam CD Burn yang lama aku tinggalkan. Dulu, time blajar, aku suka sangat kumpul2 movie pastu burn dalam CD banyak2. Yes! saya penggemar Movie! heheheh.. REaders jgn Ikut! ini satu jenayah! hehehe... op coz ni cetak rompak. just for me~

Time tengah selongkar2 CD.. aku tejumpa satu folder dalam salah satu CD aku. Named as "MyLife". Aku bukak folder tu.. then aku jumpa balik my old dairy in words. hehehe.. dlu2 aku rajin buat semua ni.. ala gaya blog la. tp aku x publish.. sebab time tu bodo2 lagi pasal blog (sekarang pun bukan pandai sangat- BlogKu MasihKosong). Ok. Balik pada folder tadi.. aku jumpa satu VIDEO. Yes a VEDIO!!

Then aku tekan la "play". Tau x apa yang keluar..~

OurVideo (Photo + Our Song) hahahhaa... sangat2 terharu. Aku sendiri da lupa aku ada buat benda ni. Tp aku bersyukur sangat sebb aku buat benda2 mcm ni dlu.. hahahhaha. Tiba2 aku rsa windu yang amat dengan dorang. yes! sgt RIND
UUUU~

Lastly, aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada 4 hamba Allah yang sanggup terima aku seadanya untuk menjadi sebahagian daripada memori mereka. Aku bukan orang yg sentiasa ceria untuk 4 HambaAllah ni, aku bukan sentiasa peneman yang terbaek dikala mereka sedih mahupun berduka, aku buka kawan yang sentiasa ada bersama mereka, aku selalu sendirian dalam bilik di kala mereka berempat bersama-sama di apptment mereka, apptmnt alamanda atau what we called "loteng". Tapi, bersama mereka merupakan masa terbaek aku dan menjadi salah satu kenangan yang sangat sweet-as-Gula. Alhamdulliah, Kau temukan aku dengan mereka. Terima Kasih Allah. Sayang Allah.



dan... sayang mereka jugak.

*this post for you.

Yes! you.. Nurul Farhana Mohammad Nor, Nadia Liyana Zakaria, Siti Afiah Samat and
Saidah Bini.
Sayang 10000000x kmu!

Monday, January 3, 2011

Welcome 2011

Lewat da ka nak ucap "Selamat Tahun Baru" ? Nda kan? hehehe.. Then, HAppy New Year. Welcome 2011.

Kurang erjua cikit nak buat pos ni. Sebab xda idea. hehehe~

Alhamdulliah, tahun ni aku masih bekerja ditempat yang sama. Alhamdullilah~

Usia semakin meningkat. Harap-Dapat-Berubah-Ke-Arah-Yang-Lebih-Baik- Always!

Hari tu cuti 3 hari, aku dkt rumah ja (jln2 la jgak ke bandar sekejap2). Aku habis kan masih dengan rilex sambil tgok cita korea and baca blog orang. (cyes!! aku perlu perbaiki cara aku buat post dalam blog aku~) hahaha..~ Kadang2 bukan xda masa nak update blog, cuma xda idea tuk hasilkan post TERbaek! 2011-Update Blog Selalu! hehehe~

Best ja baca blog orang. Aku suka Follow2 blog org yang besh2. hehhee..~ bila la aku dpt SEramai follower mcm dorg. hikhik~ InsyaAllah, suatu hari nanti.

Okeh la. Benar2 kering idea.

-sekian-

Wednesday, December 22, 2010

Soalan.

Salam.

Selalu susah nak mulakan post. Always.

Sebenarnya ada idea. Tapi tak tahu macam mana nak mulakan. Macam ni la perasaan sebenarnya yang aku lalui sepanjang tahun ni. Ada kemahuan tapi tak tahu cara untuk merealisasikan. Sepanjang 2010 ni, aku selalu ikuti perkembangan produk ni. In fact, aku pernah guna product ni selama hampir 3 bulan. Aku PERCAYA product ni. Sangat2. Sebab aku tahu ia boleh mengubah hidup aku.

Tapi tak tahu mana silapnya.. aku berhenti menggunakannya. SANGAT SEDEH sebenarnya. Sepanjang aku gunakan product ni, ia berikan sedikit perubahan, and aku excited tuk memahami lebih dalam peluang yang ada dalam product ni. Tapi, aku tak diberi kesempatan (atau mungkin aku tak menyatakan dengan jelas kepada insan yang aku mohon pertolongan). Aku berkenalan dengan product ni melalui seorang hamba Allah yang aku boleh labelkan dia sebagai "Amazing + Superwomen" melalui Facebook and Blognya. Satu keluarga mengamalkan product ni. Dan disebabkan aku terlalu teruja, aku berusaha untuk mendapatkan product ni.

Satu hari, aku jalan2 (lunch hour) aku nampak satu booth (aku selalu nampak booth ni, tp buat do no ja, sbb ia cuma booth biasa bagi aku) and satu girl sedang buat sale and bercerita berkenaan product ni dengan one uncle. Aku sangat TERUJA!!! Aku pernah cerita benda ni dalam post sebelum ni. Dan akhirnya, aku mengambil product ni melalui girl tu. Aku jadi member for this product and using this product. Walaupun x banyak, aku tahu ada perubahan dlam diri aku sepanjang aku gunakan product ni. Sepanjang aku gunakan product ni, macam2 cakap orang aku kena "tepis". Macam-Macam.

Tapi macam aku cakap sebelum ni, aku PERCAYA product ni. tapi mungkin BELIEVE aku tak mencukupi untuk menjadi pengguna "hakiki" product ni. Aku tewas di tengah jalan. SANGAT HAMPA. Kalau orang kuat product ni dengar apa aku cakap, mesti kecewa dengan aku. TApi serius aku cakap, Aku sendiri sangat hampa dengan tindakan aku.

Truely. Aku kecewa dengan seseorang yang perkenalkan aku product ni. Aku faham konsep product ni. Once aku daftar, means aku akan jadi downline orang yang daftarkan aku. YES aku faham!! Tapi salah ka kalau nak belajar dari orang laen? atau mmg salah? ntah la.. aku binggung. Dari sana, aku macam putus harapan. Aku keciwa.

Tapi aku tetap follow blog dia. Sebab macam yang aku cakap di atas, She is Amazing + Superwomen. I mean it! Setiap kali aku baca blog dia, aku bersemangat and more, more, more believe to that product. Thanks to her. Setiap kali aku baca blog dia, aku rasa "WOW!! aku nak jadi macam dia" , "Di mana silap aku?" and macam-macam persoalan. Mesti dalam fikiran kamu, "dia ni betul-betul perlukan bimbingan kan??" Yes! I am!!.


"Di mana aku harus mulakan??"

"Apa perkara pertama aku patut buat??"



Wednesday, September 1, 2010

BegKecilKu~

Setelah sekian lama x update blog. Hari ni di Update jua~
Sebenarnya post ni da lama dalam draf.. skali kali ni InsyaAllah aku post la. Kalau ikut tajuk tu, aku sepatutnya cita pasal BegKecilKU~

Kalau cerita pasal beg ni, aku kehilangan beg aku. sbnrnya bukan hilang pun.. aku yg cuai sangat. Misplace ja. hikhik..~

Selasa lepas, kmi satu family keluar la.. kiranya mo shop-ing raya. Mmg shoping pun..~ bli baju, survey kueh rya.. mcm2 la~ kiranya mo pendekkan cerita la ba ni.. last stesen kmi di Utama Jaya. Kalau orang WP Labuan, tau la di mana letaknya Utama Jaya n tau la mcm mana kesesakkannya kalau time raya n cuti. Ya lahkan.. Labuan ku sayam ni bukan byk shoping Kompleks.. jadi semua orang labuan beduyun-duyun la ke mana2 yang boleh soping~ (Walaupun x byak pilihan and shoping kompleks.. aku ttp sayam labuan, sbb cni ja rsa tenang. Nda jam teruk sgt..damai ja~ hikhik.. so, klw ada mana2 petugas or kakitangan awam yang kena pindahkan ke labuan, jgn la takut sangat. tempat ni besh sangat bagi yang bencikan kesesakan..~)

Okeh, balik kepada cerita td. da siap2 "soping" di atas, kmi turun la bawh.. mo pgi kereta. Skali, trun-trun.. xda adi (Emir cGemuk). Babah ckp dia ikut kami dri belakang. So, dengan pantasnya.. kami naik la. xda tempat lain mo cri klw ia hilang. Naik tingkat 2, comfirm jumpa dia. Sbb situ ja la dia akan pegi. Kwasan Mainan.

Aku kata dkt mama " ma, aku trun dlu la pgi kereta. Ngalih da ku". time aku turun, aku nampak Eye liner dgn Mascara Silky Girl.. aku x ttggu lama, memandangkan dah penat sngat, aku bli ja.

ringkaskan lagi.. esoknya, sbelum aku pgi kerja pagi tu, aku baru perasan BegKecil ku yang mengandungi KadATM CIMB aku dan beberapa jumlah kecil duit.. aku xda. alamak, aku tau dah.. mesti ilang punya la. hish~ dengan stressnya, aku pgi kerja pagi tu. satu rumah cari beg aku tu. aku da penat, aku dduk dlm kreta.. tggu dorg.

Okeh Habis disana.

Kelmarin.. lepas aku blik dri bazaar, Bapa akau phone.. "B, sibuk ka kau? ada masa? td ada org CIMB call airport, ckp ada sudah kad mu tu di CIMB" (sebelum kamu fening2.. aku xplain. Aku paki alamat tempat kejra bapa aku time mohon kad tu, airport labuan. So, sbb tu dorg call sna.. bagi tau kad tu da ada) Dengan senang hatinya, aku pgi la CIMB. Aku target aku dpt kad la ni.. skali tem aku dtng and jumpa pegawai berkenaan, dia bagi aku SATU BEG!!!! waa.. aku tnya la mcm mana smpai cni? org tu kata "ada orang hantar".. dalam hati aku cakap

"Permudahkan la jalan rezeki dan murahkan la rezeki keluarga orang yang kembalikan BegKecilKu ini"


Sekian.







Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan al-Mubarak~

Salam Ramadhan~


11 Ogos 2010.

Hari ni first day Ramadhan bagi 1431H. Kiranya sepanjang aku hidup ni ni Bulan Ramadhan aku yang ke 23.. Alhamdullilah aku dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk meneruskan ibadah ku di bulan ini. Macam orang lain, aku pun harap puasa aku penuh bulan ni. Normallah bagi seorang perempuan untuk "jarang-jarang" penuh puasa..

Ramadhan tahun ini aku rasa tiada bezanya dengan sebelumnya.. cuma aku berharap amalan ibadah kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semalam aku memenag menunggu pengemuman puasa tu, walaupun aku tau dah mesti la hari rabu (11/08/2010).. hehehe. Waktu tu kami semua di dapur, tp pas dengar salam dari pembuat pengemuman tu, kami semua lari ke ruang tamu.. hehehe. Masing-masing duduk untuk dengar.. and akhirnya, ya BENARLAH puasa tahun 1431H ni jatuh pada 11 Ogos 2010.

Pagi ni kami sahur macam biasa la..and paginya tu kami hantar mama pgi hospital. Hari ni mama masuk wad sebab esok ia mo operation buang batu karang. Kami turun dari rumah jam 6.30 pagi terus ke hospital. Habis urusan di sana baru la kami hantar adi ke sekolah and terus ke office masing-masing. rasanya buka puasa ni kami buka di hospital la kali.. hehehe

Patutnya post kali ni aku ada mo crita laen.. tp tercerita yang lain la pula. xpa la.. Next post nanti..

Friday, July 30, 2010

2 + 1

Hari ni baru msuk office. Rsa lama sgt meninggalkan office + rumah kali ni.
Jumaat lps smpai hari ahad aku round2 sabah..~ bleh kta la. Sbb perjalanan tu jauh n aku rsa aku lg banyak duduk dr jln..~ hehehe..
Summary our jouney..~
10am, Friday - Sipitang, makan Durian! Besh!!~
9pm - Sampai Switz Paradise Hotel, KK... Bilik x besh! kecik. tp tdur ttp lena~ hehehe..
730am, Saturday - continue to Simpang Mengayau, Kudat dsb.
1030pm - Sampai Perkasa Hotel, Kudasang
730 am, Sunday - lawat ikan-ikan di Tagal Luanti (xtau a btul x ejaanya)
1100am - Destination KK-Lbuan
900 am- Labuan..~
Monday, 26 Julai
12.05pm - KK (Kursus KSSR JU TMK Thn 1, 2011)
Isnin smpai Khamis Kursus..~
Mlm Rabu smpat jua la jalan2.. window shopping ja. bli jua la ckt2..
"Hidup kadang2 bukan mcm kita rancang. Sbb kita hnya dpt power merancang, tp DIA yang tentukan segalanya"
Aku bukan ja pgi kursus kali ni.. tp aku blajar jua yang mayb beguna tuk msa depan. Aku bukan sapa2 tu judge seseorang.. so aku hanya mampu jd seorng pendengar yang baik..~ Bagi aku apa2 yang terjadi semua ada hikmah disebaliknya.. tp aku doakan orang akan dapat kebahagiaan dorng sendiri nanti. InsyaAllah~
Aku rsa terlalu banyak yang aku tahu dalam minggu ni.. waktu kursus pun byk yang aku dgr.. blik office pun dgr lagi..ntah la. mcm aku kta td, aku hanya jd pendengar. hehehe~ bermcm2 jenis cerita dr skop yang berlainan~
FromFriend(s)
"Perbaiki semua hubungan sebelum membina suatu hubungan lain"
"Dont judge book by its cover"
"PJJ sgt susah- McD, KKiA" hehehe...~
Apa pun aku happy sbb aku dpt lagi dua orng kawan yang besh~ hehehe.. Walaupun kadg2 bikin sakit ati jua.. tp mcm mana pun, dorng jua la kwnkan aku bekursus, dorng jua la yg kwnkan aku berjalan..~ hehehe.. tp, prangai tu ish2.. mmg la lelaki biasa. hahaha..~
Tp, aku yakin dorang sgt profesional dgn tugas mereka. Mereka tau apa yang patut dibuat. N aku rsa kmi x salah pilih dorg. Alhamdullilah~

Thursday, April 1, 2010

Setelah lama menanti akhernya aku da dapat selesaikan masalah tu. Aku bukan apa, aku macam malas mo buat benda tu. Berkomunikasi mewakili JPWPL (secara tidak langsung) sedikit sebanyak ia memberi tekanan. Bukan senang kalau nak menjadi wakil sesuatu organisasi, apa lagi jika ia melibatkan Ringgit Malaysia! Rasa segan kerana merasa seperti terlalu mendesak! Tapi aku telah diamanahkan untuk tugas tersebut, aku lakukan dengan sepenuh hati. Aku telah lakukan sebaik mungkin! Alhamdullilah~



Kebiasaan bangun daripada tidur, aku selalu mengharapkan sesuatu yang baik akan berlaku. Kerana aku telah lama menanti... permudahkanlah segala urusan ku sepanjang hari ini dan hari-hari seterusnya...~



Aku masih menanti...dan akan terus menanti...~



Tapi tetap bersyukur apa sahaja yang telah diberikan kepada ku dan keluargaku... Alhamdullilah sekali lagi! Kebahagiaan, Kesenangan dan Kesihatan yang sempurna dariMu sentiasa berada disekitar kami..~ Alhamdullilah.




Friday, March 19, 2010

Labuan = Kundasang???


LABUAN 19 Mac - Perjalanan yang dijadualkan menggunakan Bas Mini 6 ku ditemani pemandangan yang sedikit mengejutkan. Di pagi Jumaat ini, jam di handphone ku menunjukkan jam 6.55 pagi dan aku telah pun berada di dalam bas. Sepanjang perjalananku, ku lihat pulau indahku ini seakan mendung dan berkabus. Akan tetapi, ku kembali kepada realiti Labuan ≠ Kundasang. Kundasang yang sejuk dan berkabus tak akan sama dengan pulau kesayangan ke ini. "Labuan dilanda jerebu" kata hatiku!
Sepanjang perjalanan juga, akan terlihat "kawasan hitam" hasil daripada kerakusan Api! Sama ada TERbakar atau DIbakar, sukar ku tentukan. Bagaikan satu kewajiban, setiap kawasan (kampung), harus ada satu "kawasan hitam". Inikah kesan Pemanasan Melampau?? sekali lagi kukatakan "Labuan dilanda jerebu".

Naik ke pejabat, aku terus ke "bilik selesa". Hajat dihati untuk berurusan dengan "miss bad tudung today". Mata terhidang pula dengan pemandangan yang lebih luar biasa. Hampir keseluruhan pulauku ini diseliputi jerebu. Bilakah keadaan ini akan berakhir?? Kita tunggu dan lihat.. ~


ViewFromLevel10


Thursday, March 18, 2010

NewChapterOfMyLife~


Thingking...Thingking...n Thingking...~

17Mac2010

JumFlashBackLagi..~ (suka sgt flash back hikhikhik..~)

16Mac2010, LunchBreak.

On da way back from da bank, I have seen something that has long been sought. A Man talking with a young lady with Herbalife products on da table. Now I know, there are also
Herbalife at Labuan!!!
A
fter 5, I went to that lady n ask her! we had been talking about 5 to 7 minutes..then i go back home.

17Mac2010

Sejak smlam (16Mac2010), Fikir.Fikir. n Fikir!
Masuk ja opis, than fikir lagi sambil2 search for da price! (i think i can get more cheaper than her offer wlpun i buy online..but think again for shippng cost n "existence"). Lbih kurang jam 11.45 am, I make decision!! I BUY it!
Lunch Time.
Mula2 pergi kedai Cake dlu..nak order cake for my little bro (Emir, cGumuk). TodayIsHisBirthday! than, bli Jagung+Mayo(forSisZana) ,n My Milky Tea Shake+Pearl.
Lpas tu, bru pgi dkat that Lady.. n...
TheProcessBegin Here!

Kmi Bincang-bincang, I fill daForm (become MemberOfHerbalife)...
N lastly i get MyPackages! I get Bag+FlyersAbout Herbalife n Set HerbalifeShapeWorks!~


MyHerbalifeSet ~

MyFirstHerbalifeShapeWorks! ~

Really...Really..Really HOPE its WorkS! ~


Tuesday, September 8, 2009

JUn..juLai..OgoS..n SepteMbeR


Welcome to my month..


Nda sedar-sedar mo 4 bulan da ak x update blog ni.. aku buat summary la aa..


  • aku da graduate da..15 Ogos 2009, ak rsa besh sgt2 sbb mcm pg holiday dgn family. kmi sewa kreta n tggl dkt otel n jln2 ja...smpai adiku lemas d Boulevard n hilang d unimas.

  • aku da dapat kerja, jd Pekerja Khidmat Singkat (PKS)..gaji pun bleh tahan..
  • hari ni aku besday.. Happy Birhday to you Mazna!!!!
  • Aku knal lagi rmai kwn dkt kerja..hehehe
  • dan..yang plng penting l..aku msh mencari kerja yang tetap..(wish me luck!!!)
  • aku da sta bt persediaan rya ni..da 3 psang bju rya...ada mcm2 kuih "tunjuk" eh, aku pun ada buat aa...Batang Buruk,Popia n Choc Conflek..hehehe
Apa2 pun 4 bulan ni...ada byk bnda jd dlm live aku..klw aku mo crita mmg aku letih mo taip..yang penting..aku msih mencari makna sebuah kehidupan yang bermakna bg seorg insan mcm aku ni..hehehe
once again wish me L.U.C.K

Wednesday, June 10, 2009

Suatu Kisah..

Rasa hormat seseorang terhadap org yg lagi tua dari diri tu kan penting..aku sgt2 berpegang dgn kata-kata ni.. "hotmatilah org yng lebih tua dr kita" tp aku kadang2 konpius dgn cra dorg..lagi2 org yg rapat dengan kita.. kdg2 apa yang kita buat x semuanya baik di mata org..tp sebaiknya kmi buat yang terbaik untuk menjaga hati dan nama mereka. Tapi kami pun manusia biasa..manusia biasa yang ingin di fahami, dan dimengerti..(seh, mcm lagu la plng..) hehehe.. tp btul la.. pttnya kan dua2 pihak yang ptt fhm sesama sendiri. tegur menegur tu mmg baik, tp kan lebih baik klw kita berfikir dahulu dan memahami keadaan seseorg..ntah la.
mcm nabil ckp.." pikirla sendiri"

Saturday, May 2, 2009

Memory

Ello there.. next monday i will go back labuan. so thats mean, i only hav 2 more days a unimas.. i will miss this place..i had learn so much here..something about life, friends, hard, cry, smile, enjoy, trust, believe, communicate, any many..many...many...more! Kuching also make me "feel" that i was here!!! so many memory to restore in my short term memory...but i hope it will quickly "jump" to my long term memory...bcoz it was really...relly...relly nice+wonderful+"daimond" to forget....i will really...misss u alll....

thanks for being a piece of memory in my life...

Monday, April 13, 2009

all my daysss....

Hai...
Hari ni aku penat gla2..
Aku stat cita dr sabtu pagi k..

Saturday, 11 April
7.oo am : Aku da bangun tuk ready2, sbb dorg kata jam 9.30 pagi da tolak dr unimas
9.00 am :Aku da kluar rumah mo pg alamanda.. reason, bdk2 sakura kna srh kumpul dkt alamanda. jln awal sbb mo cr daun tuk prop persembahan seminar
9.30 am: da smpai alamanda... tggu..tggu...tggu... lastly dkt jam 11 br jalan... da la pns!!!!!
1230 pm: lbh kurang2 la datang Damai Puri Resor...

Sebenarnya mlm ni kmi ada Dinner.. "Royal Nigth Dinner"
Untuk Final Year HRD...

6.00 pm - 12.30 am : Our Dinner... busy sgt2.. sebab kna bg hadiah.. :'(
: bu i enjoy!!! n i go lucky draw....hehehehe
: some of my friend also get lucky draw n also some "anugerah"

Some Photo to share..


Welcome ladies n Gentelmen...


lovely flower...



Our red carpet...


Ready to eat!!!

One of our activity...

Sunday, 12 April
12.30 pm: check out n ready to back unimas
1.30 pm: da datang unimas...really,really...really tIRED!!!
2.00 pm: go to bath n....ready to do my FYP report
2.00pm- 12.30 am: do my FYP report

Monday, 13 April
12.30am-4.30 pm: still do my FYP Report

Lastly siap jugak.....

Really want to say thankssssssss to my housemate..
she really help me... i do my report by her laptop..
also print my friend and i (our) report use her printer...
thanks mmw!!



Saturday, February 28, 2009

Kelmarin aku jln2 dgn housemate ak..

Tem odw g saberkas, kami stop dkt satu jalan tu..
Ttgu trafic light..

Tem tggu tu, aku da nmpak sorang maybe "apek" bwa bnda berat..

Satu plastik hitam yang pnuh dgn barang..

Tp x la ak tau pa dlm ia..

Tp, ak tau bnda tu berat dr air muka pk ck tu..

Dia nmpk letih sgt..

Dah la panas tem tu..

Ak rsa ia da jalan jauh..

Pastu, ia msuk la satu simpang tu..


Kmi ngam2 stop dkt area tu..

Pastu pk ck tu stop dpn sebuah rumah org yang halaman ia ada bnyk pokok

Jd, dkt luar pagar ia kira "limbu" la..

Ia ddk sna tuk brehat sekejap...


Tesentap ak skjap

Ak sedih tgk ia..sayu ja..

Mst ia pntia bkerja sepanjang hari, jln jauh2..

Bwa brng berat2..

Jln kaki ja..
Tuk tampung khidupan harian, n mayb tuk family ia..

Tu la tandanya usaha sorg ayah tuk keluarganya..
Hanya tuk cr sesuap nasi..


Trus ak ingatkan pengorbanan parent ak slama ni..

Ak senang2 ja blanja cni..

Mcm apa ja!
Tp, ak x la smpai berbazir gna duit..
Kdg2 ak bli jua brg2 x faedah..

Tp kebnykkan nya ka gna duit tuk mkn..

Trima kasih Mama..
Trima kasih Babah..


Really L. O. V. E them!!!

InsyaAllah ak xkan lupa jasa mama sma babah

Suatu hr nanti ak akan senangkan mereka..

InsyaAllah..

God, please help me..