StoryOfMyLIFE~
Wednesday, June 20, 2012
Wednesday, December 28, 2011
SoNotMyDay.
Assalamualaikum w.b.t
Sebelum ni tadi aku mulakan post aku kali ni dengan " *sigh* " ... then aku cepat2 tekan backspace then tukar dgn salam. Salam tu kan lebih baik dari aku mengeluh.
Tapi, tu la sebenarnya aku raa sekrang ni. Perasaan yang berat sangat. Terlalu banyak yang aku fikirkan. Bercampur2. Kalau ABC sedap jua.. ani masalah menimbun2. Sampai aku nda tahu mana satu yang aku patut selesaikan dulu. Dan sesetengah benda yang mengganggu fikiranku langsung aku nda nampak penyelesaiannya. Aku tiada tempat untuk mengadu, tiada tempat untuk luahkan segalanya. Sebab aku tau, orang laen pun ada masalah dorang sendiri, dan siapa aku untuk menambahkan masalah dorang. then.. aku tetap *sigh*
Susah hati bila fikirkan dalam beberapa hari lagi akan datang tahun baru, kalau orang laen ingin cepat2 tahun baru, tp aku kalau boleh biar la lambat2. Kerjaya yang tak menentu. Itu la yang aku boleh cakap. Ini lah nasib kami yang berstatus (.......) Kusut sangat fikiran, sebab aku terlalu banyak tanggungjawab setiap hujung bulan. Bukan tu saja, aku ada tugas yang belum selelsai, tapi aku tak tahu nak lepaskan dekat siapa. tugas tu perlu diselesaikan dengan segera tahun hadapan. Lepas ni macam mana?? siapa mau tolong? Aduh, beratnya :(
Dan, satu lagi benda yang selalu menyesakkan fikiran sejak 3 4 bulan ni. Rasa berat sangat2. Sampai aku nda nampak mana2 jalan penyelesaian. Mau tulis di sini pun aku rasa aku nda boleh. Terlalu complicated untuk dikongsikan di blog ni. Sebab aku tak tahu siapa yang membaca blog ni. Apa yang boleh aku cakap, secara rasionalnya, aku harapkan aku tidak berada di situasi ini. sebab ia terlalu sukar untuk aku hadapi seorang diri, terlalu lemah. Tapi, untuk meninggalkan macam tu sahaja, aku tak mampu. :'(
Friday, December 23, 2011
Takkan Pisah by Eren
TAKKAN PISAH
sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku
bila nanti orang tuamu tak meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku
kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu
reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga
jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau
Friday, December 16, 2011
Wednesday, December 14, 2011
Cintamu Muzik Dihatiku
CintamuMuzikDihatiku
Siapakah dirimu
Yang hadir kala ku sepi
Kerana kau menyentuh jiwaku
Bagaikan lagu merdu
Kau merawat sepiku
Kau membisikan kau cinta padaku
Dulu aku dibelenggu
Duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan
Cinta mu muzik di hatiku
Berlagu di dalam hidupku
Yang melenyapkan satu kedukaan
Cinta mu muzik di hatiku
Berputar tanpa rasa jemu
Dan menemani jiwa/diri ku yang sepi
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini
Pernah ku lafazkan
Tak mengulanginya
Tapi takdir-Nya siapa menduga
Untuk kali kedua
Ku kembali bercinta
Bercucuran lembut memukau hatiku
Dulu aku dibelenggu duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan
Cinta mu muzik di hatiku
Menjadi nada nada rindu
Yang berpanjangan bawa kedamaian
Cinta mu muzik di hatiku
Menyanyi di sudut jiwaku
Melahirkan satu pengharapan
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini
Monday, November 28, 2011
Pengharapan.
Airmata ini mengalir lagi.. tapi untuk apa aku sendiri kurang pasti.. seringkali juga airmata ini menjadi teman setia saat aku merasakan kesakitan di dalam hati..
"Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH.. sesungguhnya hamba-Mu ini mengharapkan batuan daripada-Mu.."
Aku tahu ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi batas mampu, tapi kadang kala aku merasakan aku tidak cukup kuat.. hati ini terlalu rapuh dan hampir goyah dengan dugaan yang bertindan.. teman rapatku berkata "ALLAH menguji kita kerana kita makhluknya yang teristimewa.. kita insan terpilih, kerana ALLAH menyayangi kita maka DIA memilih kita untuk diberi ujian yang sebegini berat.. Alhamdulillah seandainya dengan ujian yang DIA berikan aku mampu mendidik hati agar terus cekal dan tabah.. namun kadangkala aku hampir kalah, hampir tersungkur saat aku diuji dengan ujian yang aku kira sangat berat.
Fikiran terlalu buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Andai masa boleh ku putar, akan ku elakkan dari semua ini bermula. Di saat ini, aku sudah terlalu jauh untuk menoleh kembali kebelakang.. untuk ku tinggalkan hati sudah terlalu sayang, untuk ku teruskan, aku bakal menyakitkan banyak hati yang selama ni menyanyangiku. Kenapa terlalu sukar untuk ku membuat keputusan tika ini? Terlalu banyak hati yang perlu ku jaga, aku rela andai aku yang kecewa dalam hal ini, tapi bukan orang sekelilingku.
Terlalu banyak yang perlu difikirkan sehingga aku rasakan, hatiku sendiri tiada siapa yang peduli. Aku juga gadis biasa yang ingin sentiasa bersama, tetapi permintaanku ini lah yang terlalu sukar untuk ditunaikan. Aku tidak menyalahkannya, sungguh! aku faham akan situasinya. Aku faham hingga aku sendiri perlu untuk melepaskan semua permintaanku. Untuk apakah hubungan ini diteruskan? Aku tak tahu. Tapi dia telah terlalu berusaha untuk meneruskan hubungan ini ke arah yang lebih pasti. dan aku sangat-sangat menghargainya. Dia serius untuk menjadikan aku sebahagian dari hidupnya. Tapi, seperti ku katakan, andai diteruskan, akan banyak hati yang terluka. Aku tak sanggup untuk terus melukakan hati insan sekelilingku.
"Ya Allah, aku tahu perancangan yang terbaik datangnya dariMu. Aku mohon padamu agar Kau berikanlah petunjuk kepadaku setiap rancanganMu berkenaan dengan jodohku. Aku mohon agar Kau permudahkanlah segala urusan kami, walau apa yang telah Kau tuliskan, baik atau sebaliknya. "
Thursday, November 24, 2011
Monday, October 17, 2011
Seikatsu.
17 Oktober 2011. Isnin.
Hati tergerak untuk update blog ni. Kesian, dianak tiri kan jak. hehehe.. Bila rasa nak update, baru update. Nama pun personal blog kan? ikut suka la bila nak update... - _ -'
Oklah. Mari buat summary sepanjang tak update..
Life : Agak serabut. Dengan kerja, family and hubungan dengan manusia lain.
Family : Alhamdullillah, semua sihat dan sejahtera (tapikan, hari tu.. aku demam :( tapi yang bestnya tak lama, 2 hari jak ) Yang lain-lain semua ok. Dugaan lepas dapat dilalui dengan perlahan-lahan. Alhamdullillah. Terima kasih Allah.
EhsanGambar : shutterstock.com
Worklife : Dalam sebulan dua ni, aku balik-balik kena hantar kursus/ outstation. Kadang-kadang dalam selang seminggu. Letih? ya lah.. siapa nda. Tapi, mcm yang pernah aku cakap dulu la, "Saya yang menurut perintah". Banyak benda yang selama ni aku tak tahu, aku tahu kebenaranya. Apa yang boleh aku cakap, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Gambar agak tidak berkaitan - _- ''
Friend : Hubungan dengan kawan-kawan ok. Jom buat check list. KawanKerja : Ok!. KawanUni : Ok!. KawanSMSL : Ok!. KawanExKerja : Ok! Kawan2Sayang : Ok!. Alhamdullillah. Saya Sayang Kawan-Kawan Saya!! Love.Lurve.Lep.
LoveMyFriends~
Ok. Cerita something k. 14 Oktober 2011 lepas, seorang sahabat time di Unimas telah kembali kepada Pencipta. Aku tahu pun melalui post di facebook (kawan unimas jugak). Terkejut sangat! Tapi, kita kena redha dengan semua ketentuan Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jugalah kita kembali. Sepanjang aku kenal arwah, arwah seorang anak yang baik, lelaki yang baik, kawan yang baik, teman yang baik. Sentiasa berusaha untuk membantu kawan-kawannya. Geng kami pernah minta tolong dia jadi driver kami ke Kuching, ambil dan hantar kami ke Airport. Sangat baik. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan dibawah lindunganNya. Kenangan bersama arwah akan sentiasa diingati. Semoga keluarga arwah dan Ainul (teman istimewa arwah) tabah dan sabar dengan dugaan yang berat ini.
Al-fatihah untuk arwah Wan Mohd Asyraf bin Wan Mohamed @ Acap.
Acap, you will forever be loved and missed. Al fatihah.
Ok lah. Nanti lagi kita sambung k. Kering idea dah. Thanks for reading. Love u.
Saturday, September 17, 2011
HappyBirthdayToMe~ **Updated**
Alhamdullilah. Dia masih memberi kesempatan kepada aku untuk menikmati usia yang semakin bertambah. Hari ni aku genap 24 tahun. Alhamdullilah, keranaNya masih memberi kesempatan untuk menikmati segala nikmatNya. Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.
Hari ni banyak sangat dapat wish dari Facebook, SMS, orang call.. banyak sangat! Terima kasih sebab masih mengingati salah satu tarikh istimewa dalam hidupku. TerimaKasih semua!
I can no other answer make, but, thanks, and thanks.
- William Shakespeare -
Celebration?? tak la meriah sangat.. tapi sangat bermakna!
1. Celebrate dengan family. Mama masak mee goreng + ayam goreng. Then ada Cheese Cake! SukaSangat! Thanks to all my family... HeartThemSoMuch!
2. Celebrate dengan insan yang aku anggap kawan+kakak yang baek! Kawan se office jugak! hehehe... MemZaharah. Dia belanja makan ketam dekat AnjungKetam! Sedap sangat! Thanks love!
Wish? (** terfikir setelah seseorang bertanya.. WhatIsYourBirthdayWish? **)
Sebenarnya tak pernah lagi terfikir pasal BirthdayWish ni. Tapi cuma satu ku harapkan. Kebahagian kepada IbuBapaku, AdikBeradikku, SahabatHandaiku, KawanKawanKu, dan diriku. Ku harapkan aku dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, ehem! cepat dapat jodoh , hehehe... Yang lain, semua ku serahkan kepada Penciptaku. Kerana perancangan terbaik datangnya daripada-Nya.
** ada gambar sebenarnya, tapi aku malas nak upload. Yang penting aku nak publish jugak post ni malam ni. Laen kali aku update dengan gambar k **
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
** Okey, da ada gambar. Then.. enjoy! **
** FromMyFamily**
**WithTheCandels**
**ThanksForTheCrabs love~ **
- I'mWaitingForNext 17September -
- LotsOfLove -
Subscribe to:
Posts (Atom)